Miss Awesome oleh Osman Deen

Book Review #543

Tajuk: Miss Awesome

Penulis: Osman Deen

Penerbit: Bookiut & PTS Media Group Sdn Bhd

Genre: Remaja, Fantasi

Sumber: Buku PTS

Tarikh Penerbitan: Julai, 2020

Muka Surat: 118

Ben, abang kepada Shuhada, merupakan seorang pemantun yang pernah mewakili Malaysia ke tahap antarabangsa. Shuhada bercita-cita mahu menjadi seperti abangnya dan memasuki Akademi Usman Awang, tempat bermulanya legenda karier Ben sebagai seorang pemantun.

Namun, alangkah terkejutnya Shuhada apabila sekolah itu dipenuhi pemantun dari serata Malaysia yang mendaftar kerana sistem istimewa sekolah itu: Laga Pantun. Bagi mewakili sekolahnya sebagai seorang pemantun, Shuhada harus mengalahkan ramai pesaing yang berbakat.

Namun bagaimana dia mahu mengalahkan mereka, jika Ben langsung tidak pernah mengajarkan asas pantun kepadanya?

Miss Awesome oleh Osman Deen ialah sebuah kisah tentang pantun, tidak berputus asa dan kepentingan persahabatan. Buku ini boleh dibaca dengan pantas yang dilatarbelangi suasana persekolahan yang sangat menarik, Akademi Usman Awang. Sebuah sekolah yang mempunyai sistem istimewa iaitu Laga Pantun.

Buku ini memang lain daripada yang lain daripada semua buku yang pernah saya baca sebelum ini. Kerana ia mengetengahkan Laga Pantun yang terhasilnya ilusi seakan magis setelah mereka mempersembahkan pantun yang amat unik. Gaya bahasanya juga tinggi dan gaya penulisannya sangat atraktif.

Tetapi kenapa saya hanya memberi buku ini 4 bintang dan bukan 5 bintang? Ini kerana saya berpendapat bahawa penamat akhirnya tidak begitu gempak yang telah saya sangkakan. Sebaliknya, saya ingin melihat watak-watak utama Shuhada dan Rain saling bersaing Laga Pantun. Namun, apa yang tertera juga kesudahan yang baik dan mengajar pembaca untuk belajar dari kesilapan dan sedar bahawa persahabatan jauh lebih baik dari permusuhan.

Kesimpulannya, buku ini adalah bacaan yang menyeronokkan dan saya akan mengesyorkannya kepada pembaca-pembaca lain di luar sana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s